Kenapa Anak Saya Tak Boleh Membaca

Mungkin anda di kalangan pembaca yang mempunyai soalan seperti di atas. Anda mungkin telah hantar anak ke tadika seawal usia 4 tahun, hantar tuisyen membaca, ajar sendiri di rumah. Musykil kenapa anak orang lain yang hantar ke tadika pada usia 5 atau 6 tahun, boleh saja membaca dengan cepat.

Baru-baru ini saya menghadiri Program Understanding Dyslexia & Roundtable Discussion. Salah seorang penceramah – Puan Arva Gulamabbas (FB Page : Dyslexia Tutor) beri 7 sebab mengapa anak tidak dapat kuasai 3M; membaca, menulis dan mengira.

  1. Anak Disleksia

Bagaimana ibu bapa ingin tahu sama ada anak mereka ada disleksia? Sebagai seorang guru tadika, saya hanya mampu memberitahu ibu bapa anak mereka menunjukkan tanda-tanda mengalami masalah pembelajaran. Guru, terutama guru tadika tidak boleh buat diagnosis atau label pelajar sebagai anak disleksia. Ini kerana diagnosis untuk disleksia lebih sesuai di buat waktu anak berusia 7 tahun ke atas sebab kadang-kadang ada kanak-kanak late bloomer. Di seminar ini saya baru tahu, yang paling sesuai untuk anda berjumpa adalah Psikologi Klinikal (Clinical Pyschologist). Di seminar yang sama, saya mendengar penerangan dari Puan Farah Putrinegara dari WeCare Allied Health Center, seorang pakar Psikologi Klinikal tentang masalah pembelajaran. Kos tentunya lebih murah jika penilaian dibuat di hospital kerajaan seperti HUKM dan HKL tetapi jika tempoh menunggu agak lama, anda boleh berjumpa Psikologi Klinikal swasta seperti Puan Farah.

2. Kurang Pendedahan

Puan Arva sependapat dengan saya; umur 4 tahun sesuai hantar anak ke tadika. Kebanyakan tadika untuk anak 4 tahun tidak mempunyai silibus belajar yang susah dan di luar kemampuan anak. Biasanya lebih banyak aktiviti hands on. Kelas 6 tahun di tadika saya ramai kerana ada ibu bapa yang hanya hantar anak ke tadika di waktu anak berusia 6 tahun seolah-olah guru tadika ada magic wand – anak boleh pandai membaca dalam waktu yang singkat. Ajar dan belajar membaca adalah satu proses yang panjang dan kompleks. Jika dimulakan tadika dari 4 tahun, sedikit sebanyak dapat mengurangkan tekanan kepada anak, ibu bapa dan guru. Tidak perlu terburu-buru ajar dan belajar banyak perkara dalam masa yang singkat.

Jika anak selalu tak ke sekolah sama ada sakit, sering ikut ibu bapa bercuti, tak suka pergi sekolah, datang lambat boleh juga sebabkan anak tidak dapat menguasai kemahiran 3M dengan baik. Mungkin anak tertinggal topik penting yang menyukarkan anak ikut topik tersebut atau topik berikutnya.

Anak juga perlu didedahkan dengan literasi awal sejak dari bayi. Literasi awal bukan bermaksud mengajar anak membaca dan menulis; ia memerlukan ibu bapa mengamalkan interaksi positif dengan anak dan menyediakan persekitaran yang kaya literasi sejak anak dilahirkan. Anak perlu didedahkan dengan aktiviti yang dapat merangsang perkembangan kognitif sebelum masuk tadika. Boleh baca post saya tentang peranan ibu bapa membantu perkembangan literasi anak.

3. Masalah pertuturan

Akan menjejaskan perkembangan fonologi iaitu perkembangan bahasa yang berkaitan dengan pemahaman dan pengeluaran bunyi-bunyi bahasa pertuturan. Kemahiran 3M memerlukan anak

  • Mengetahui berapa bunyi diperlukan untuk membentuk satu perkataan (decoding)
  • Mengetahui maksud perkataan itu, bila dan di mana perkataan itu boleh digunakan

Anak yang mempunyai perbendaharaan kata yang luas selalunya boleh membaca dengan baik. Begitu sebaliknya; anak yang mempunyai masalah pemahaman selalunya berisiko lemah membaca. Anak yang mempunyai perbendaharaan kata yang luas lebih mudah kenalpasti bunyi yang terdapat dalam perkataan; kesedaran fonemik ini ini secara langsung mempengaruhi kebolehan untuk word-decoding dan akhirnya menambah akses kepada bahan bercetak.

4. Global Delay Development (GDD)

Bila memperkatakan tentang perkembangan anak-anak, ianya perlu dilihat dari 5 aspek :

  • perkembangan fizikal
  • perkembangan kognitif
  • perkembangan bahasa
  • perkembangan emosi
  • perkembangan sosial

Anak mempunyai masalah atau lewat berkembang dalam kesemua aspek di atas mungkin berumur 6 tahun tetapi minda seperti umur 3 tahun; masih belum bersedia untuk menguasai 3M.

5. Masalah Emosi/Sosial

Masalah mungkin berpunca di rumah/ di sekolah seperti hubungan antara ibu bapa tidak harmoni, anak dibuli di sekolah, guru beri tekanan hingga anak tidak mahu ke sekolah. Ini beri kesan kepada keupayaan anak untuk fokus kepada apa yang diajar.

6. Masalah/Diagnosis Lain

Anak adalah autistic child atau mempunyai diagnosis lain seperti ADHD, ADD di mana daya tumpuan lemah.

7. Faktor Usia

Jika anak berusia 6 tahun dan ke bawah, berikan anak masa untuk belajar membaca dengan bantuan guru dan anda sebagai ibu bapa. Kadang anak mencapai umur 7/8 tahun baru menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira. Penting untuk anda membantu dan memantau perkembangan anak. Jika anda rasa anak memang jauh ketinggalan berbanding rakan sebaya, lebih baik anda bawa anak berjumpa Psikologi Klinikal. Better to be safe than sorry!

Anak Disleksia – Tanggapan dan Harapan

Anak disleksia sering dianggap kurang upaya; dikatakan mempunyai kecelaruan otak yang menyebabkan sukar membaca, sukar mengeja, sukar mengingati arah, sukar membezakan kiri kanan dan sebagainya.

Salah tanggapan terhadap anak disleksia :

  1. Otak mereka berbeza hanya bila proses simbol bertulis (huruf, nombor)

Hakikatnya otak mereka berbeza dalam memproses maklumat secara menyeluruh. Otak anak disleksia terbentuk sedemikian rupa memberi mereka keupayaan untuk melihat gambaran menyeluruh (“big picture connections”); sukar bagi otak mereka proses butiran kecil/halus (“fine details”).

Silap jika anggap perkembangan otak anak disleksia cuba untuk mengikut perkembangan otak anak lain tapi dalam kadar yang lebih perlahan. Hakikatnya otak anak disleksia berkembang/memproses maklumat dengan cara/corak berbeza; perbezaan ini bukan hanya pada bahagian tertentu dalam otak mereka tapi pada keeluruhan otak mereka.

2. Disleksia dianggap masalah pembelajaran

Hakikatnya ianya hanya cara anak disleksia memproses maklumat yang berbeza dengan anak lain. Mereka belajar dengan cara lain. Oleh kerana beza cara memproses maklumat, berlaku perbezaan apa yang mereka boleh belajar dengan baik dan apa yang mereka diajar dalam sistem pendidikan kini. Ini sebab anak disleksia dilihat ketinggalan berbanding anak lain.

Anak disleksia mempunyai kecerdasan ruang/spatial intelligence berbanding anak lain. Kelebihan ini menyebabkan mereka mempunyai daya imaginasi yang tinggi, kreatif dan tepat. Mereka mampu menggambarkan dan/atau mencipta ruang/benda dalam bentuk 2/3 dimensi. Arkitek dan jurutera contohnya memerlukan kelebihan ini bila mereka bangunan. Ahli kimia memerlukan kelebihan ini untuk memahami 3 dimensi struktur molekul. Pakar bedah memerlukan kelebihan ini untuk memahami tubuh manusia.

Otak anak disleksia yang “berbeza” memberi mereka kelebihan dalam aspek lain. Dalam buku “The Dyslexic Advantage – Unlocking The Hidden Potential of Dyslexic Brain”, penulis Brock L. Fide dan Fernette F. Eide

cover dyslexic advantage

menyenaraikan empat kekuatan utama anak disleksia :

  1. Kelebihan Melihat Sesuatu Dalam Bentuk 3D (M-Strength) – Material Reasoning

Anak disleksia yang memiliki kecerdasan spatial yang tinggi selalunya lebih berminat kepada membina projek, lanskap, rekacipta/rekabentuk, 3D, jurutera, ahli kimia. Walaupun jika mereka terlibat dlm projek 2 dimensi seperti melukis -lukisan mereka mengandungi pelbagai dimensi, figura bergerak, anak-anak panah menunjukkan proses/pergerakan. Dr Norman Geshwind, pakar neurologi Harvard berpendapat kecerdasan ruang yang dimiliki oleh anak disleksia adalah ‘inborn’ – sifat semulajadi sejak dilahirkan. Minat anak disleksia terhadap melukis, bina model bangunan dan sebagainya adalah sifat semulajadi mereka.

2. Kelebihan Melihat Sesuatu Dari Sudut Berbeza (I-Strength) – Interconnected Reasoning

a) Anak disleksia melihat sesuatu fenomena/kejadian/pengalaman berkait satu sama lain

Perkaitan/perhubungan ini adalah perkaitan (likeness/similarity) dan perkaitan (persamaan).

Pada tahun 1999, ahli psikologi John Everatt, Ian Smith dan Beverly Steffert mengadakan 2 ujian untuk menguji kebolehan anak disleksia dan bukan disleksia kenalpasti persamaan antara objek dan bentuk yang berlainan. Ujian pertama – perlu gambarkan sebanyak mungkin tin soda boleh digunakan (“alternative uses”). Ujian kedua – perlu membentuk sebanyak mungkin gambar menggunakan lima bentuk geometrik yang berbeza (“picture production”).

Keputusan ujian – anak disleksia berupaya gambarkan 30% lebih dari yang boleh digambarkan oleh anak disleksia untuk ujian pertama dan 1/3 lebih gambar untuk ujian kedua.

Anak disleksia berkebolehan melihat perkaitan antara lisan dan konsep. Contoh dalam ujian yang diberikan – bila ditanya persamaan antara biru dan kelabu, jawapan yang biasa diterima adalah – kedua-duanya adalah warna. Anak disleksia akan berikan jawapan sebagai contoh – kedua-duanya adalah warna laut pada hari yang cerah dan pada hari ribut melanda.

Contoh lain bila seorang anak disleksia ditanya persamaan antara kucing dan tikus, jawapan yang diberikan – kedua-duanya adalah watak dalam Tom & Jerry.  😆

b) Mereka berupaya melihat fenomena/kejadian/pengalaman dari pelbagai perspektif

Bila berhadapan dengan masalah/melakukan sesuatu projek, anak disleksia lebih suka gabungkan pelbagai pendekatan dari menggunakan hanya satu cara tertentu. Ini menjadikan mereka “multiple specialists” yang berpengetahuan dalam beberapa bidang dan tidak “highly specialised” dalam satu bidang sahaja.

c) Mereka berupaya menggabungkan pelbagai maklumat/ilmu dalam “big picture” atau pandangan global atau intipati (gist)

Ini antara sebab anak disleksia lebih mudah memahami perenggan yang panjang terutama jika perenggan yang panjang ini beri petunjuk (clue) yang membantu pemahaman mereka. Petunjuk ini digabungkan menjadi intipati cerita yang kemudiannya membolehkan anak disleksia meneka perkataan-perkataan dalam perenggan tersebut.

3) Berfikir secara naratif (N-strength) – Narrative Reasoning

memory_types

  • Short term memory – peranannya “keeping in mind” maklumat yang diguna pada waktu semasa
  • Long term memory – menyimpan maklumat yang digunakan kemudian
  • Procedural memory – menyimpan maklumat tentang prosedur/cara untuk kita melakukan sesuatu
  • Declarative memory – menyimpan “facts about the world” contoh – airmata masin. Contoh ini boleh juga termasuk dalam episodic/semantic memory jika pernah alami atau hanya tahu tentang fakta ini
  • Episodic memory (personal memory) – mengandungi memori dalam bentuk peristiwa, pemgalaman
  • Semantic memory – menyimpan fakta abstrak, bersifat peribadi

Kekuatan anak disleksia adalah pada episodic memory, manakala anak tanpa disleksia lebih kepada semantic memory. Bayangkan dalam pementasan teater, props utk pentas diasingkan dan disimpan di satu bilik/ruang dulu. Bila pementasan diadakan, props akan dikeluarkan dan disusun atas pentas menyerupai pengalaman/peristiwa asal. Props yang dimaksudkan adalah pengalaman/peristiwa yang pernah dilihat, didengar, bahasa yang digunakan, disentuh, kesan emosi (pengalaman/peristiwa) dan kemudian bila dikehendaki, pengalaman/peristiwa ini akan dikeluarkan dalam bentuk penceritaan bila diperlukan (dalam analogi tadi, dalam bentuk pementasan). Proses pementasan semula ini dari pengalaman/peristiwa yang berlaku adalah cara anak disleksia mengingati/mengeluarkan semula fakta/idea bila diperlukan.

Contoh yang boleh menerangkan fungsi episodic memory di atas – anak disleksia berjalan di taman yang cantik. Dia nampak sekuntum ros yang cantik; dia menghidu ros itu. Pengalaman ini akan disimpan sebagai komponen-komponen dalam memorinya. Nanti bila dia diminta mengingati semula peristiwa ini, dia akan “reconstruct/reassemble” komponen-komponen ini sebanyak mungkin serupa dengan peristiwa sebenar yang pernah dialaminya.

Fungsi episodic memory yang lebih besar – episodic simulation system – komponen-komponen yang disimpan dalam memori (pengalaman/peristiwa) digunakan secara kreatif. Anak disleksia akan menggunakan komponen-komponen ini bukan untuk “reconstruct” peristiwa/pengalaman lalu tapi gabungkan pengalaman/peristiwa ini dengan idea/fakta baru untuk membuat satu cerita/pengalaman/peristiwa yang baru. Proses sama seperti episodic memory tapi hasilnya berbeza. Episodic simulation ini penting dalam bidang ramalan kewangan, rekacipta permainan video, membuat adegan filem.

Kekuatan episodic memory anak disleksia menyebabkan mereka berfikir dalam bentuk “mentally simulating potential events or actions” (penceritaan berdasarkan pengalaman) dan bukan dalam bentuk definisi/formula konteks.

Menurut penulis buku ini, ujian yang diadakan untuk mendefinisikan terma/konsep, contoh “basikal”, ramai individu yang berikan definisi abstrak seperti – dua roda, digerakkan oleh manusia, jenis pengangkutan. Jawapan individu disleksia beri definisi – kelihatan seperti motosikal, anda perlu menggerakkannya atau deskripsi berikut – benda yang ada tempat duduk, dua roda, dua pemegang sisi, dua pedal yang anda pelu tolak untuk gerakkan basikal. Individu disleksia selalu beri jawapan gunakan contoh, ilustrasi, deskripsi kegunaan/ciri fizikal terma.

Kekuatan episodic memory dan semantic memory bergantung kepada hippocampus – tempat simpan pengalaman, pengetahuan lalu (long-term memory).

Episodic memory menjadi lebih kuat jika hippocampus terlibat dalam proses “pattern separation”. Katalah anda makan tengahari di tempat sama, bersama orang yang sama, waktu yang sama tiga hari berturut-turut. Anda ingin mengingati peristiwa ini sebagai memori berbeza. Hippocampus berfungsi menyimpan memori ini sebagai tiga memori yang berbeza, Ini yang menguatkan episodic memory.

Semantic memory menjadi kuat bila hippocampus terlibat dalam proses “pattern completion”. Katalah dalam satu pelajaran anda belajar Paris adalah ibukota Perancis. Dalam pelajaran yang lain anda juga diberitahu Paris adalah ibukota Perancis. Anda tak kisah tentang di mana, bila anda belajar, keadaan sekeliling. Yang penting anda ingat fakta ini – Paris adalah ibukota Perancis. Hippocampus berfungsi menggabungkan fakta yang dipelajari dan menyingkirkan elemen-elemen seperti pengalaman/tempat/masa anda anda belajar tentang ini. Hippocampus hanya menyimpan fakta sahaja.

Kekuatan/kecenderungan hippocampus disleksia kepada pattern separation memenuhkan minda individu disleksia dengan bilangan pengalaman/peristiwa/fakta yang berbeza. Ini menerangkan pemikiran kreatif dan kebolehan naratif mereka. Mereka cenderung berfikir, memberi dan menghasilkan maklumat dalam bentuk cerita.

4) D-Strength -Dynamic Reasoning

Kelebihan ini membolehkan individu disleksia meramal secara tepat fenomena masa lalu dan masa depan menggunakan pengalaman dan pengetahuan lalu (episodic simulation).

Contoh yang diberikan dalam buku ini adalah cerita mengenai Sarah, ahli geologi yang berjaya. Kelebihan melihat sesuatu benda/perkara dalam 3-D, Sarah mampu membayangkan/menggambarkan perubahan proses mukabumi yang berlaku, perubahan kandungan mineral, melakukan kerja membaca peta, navigasi dan sebagainya.

Kekuatan berfikir secara dinamik juga boleh dilihat dalam usahawan berjaya. Dr Julie Logan, profesor keusahawanan di Cass School of Business, City University London mendapati beberapa usahawan yang ditemui bentangkan bisnes yang mereka ingin mulakan dengan jelas dan meyakinkan. Bila diminta mereka menulis idea tersebut dalam pelan perniagaan, mereka keberatan. Ini tidak berlaku bila Dr Logan bekerja dengan pengurus syarikat. Senang bagi pengurus syarikat menulis idea mereka.

Kajian rasmi Dr Logan menunjukkan individu disleksia menunjukkan ciri-ciri berikut :

  1. Mempunyai visi perniagaan yang jelas

Usahawan disleksia tahu apa yang mereka buat, ke mana hala tuju perniagaan, mendorong orang lain menyokong visi tersebut.

2. Sikap yakin, cekal dan gigih

Usahawan disleksia selalunya telah melalui zaman persekolahan yang mencabar. Ketabahan, kecekalan, kesungguhan mereka menghadapi cabaran di sekolah mereka bawa ke dalam perniagaan. Individu disleksia mempunyai “can-do approach”. Mereka bukan sahaja tahu apa yang mereka ingin buat, mereka yakin mereka boleh buat dan berjaya.

3. Tidak segan meminta pertolongan/perkhidmatan orang lain

Usahawan disleksia selalunya mempunyai lebih ramai pekerja, cenderung serahkan tugas kerja operasi kepada staf dan beliau sendiri menumpukan perhatian kepada visi dan misi syarikat secara keseluruhan. Mereka tahu apa yang mampu dan apa yang tidak mampu mereka buat. Ayat yang selalu mereka gunakan

“I employ the best people I can find, even if they are cleverer than me”.

4. Komunikasi yang bagus

Usahawan disleksia mempunyai kebolehan komunikasi mereka untuk motivasi staf. Bila staf British Airways dan Virgin Atlantic mogok inginkan gaji naik, Richard Branson, CEO Virgin Atlantic, usahawan disleksia mengadakan persidangan bersama staf, memberitahu kenapa beliau tidak mampu naikkan gaji staf. Staf Virgin Atlantic kembali bekerja semula. CEO British Airways tidak menggunakan cara ini dan mogok diteruskan.

5. Gerak hati

Usahawan disleksia banyak gunakan gerak hati dalam membuat keputusan. Contoh – tidak membuat kajian pasaran. Mereka akan ke perniagaan yang mereka akan ambil alih, membuat pemerhatian dan sebagainya. Mereka lebih menggunakan “right-brain approach” dari “logical reasoning approach”.

Salah satu perkara penting perlu diingat oleh ibu bapa dan guru yang mendidik anak disleksia – kenalpasti dan fokus kepada kekuatan yang anak disleksia miliki. Terlalu banyak perhatian diberikan untuk membaiki apa yang kurang; kaburkan fokus untuk melihat kepada apa yang anak disleksia boleh lakukan dengan baik.

 

Mengajar Anak Membaca Dengan Kaedah Fonik

Baru-baru ini saya menghadiri seminar How To Teach Your Special Kids yang menampilkan Puan Nik Eliani Nik Nawi dan Dr Aishah Daud (Founder Fitrah Intervention Center).

seminar

Saya sudah lama ingin menghadiri seminar menampilkan Puan Nik Eliani tapi tak berkesempatan. Jika anda masih belum mengenali Puan Nik Eliani, beliau adalah penulis buku-buku berikut

bacalah anakku

readeasy

Saya membawa bersama 2 guru kami. Saya turut mengajak rakan seperjuangan saya, dari Q-dees Puncak Alam. Beliau membawa 3 guru bersama.

💡 KAEDAH FONIK

Puan Nik Eliani menegaskan bahawa kaedah fonik adalah kaedah terbaik untuk mengajar membaca. Puan Nik Eliani kata kaedah membaca melalui mengeja yang digunapakai secara berleluasa satu ketika dulu dan masih digunapakai di sekolah-sekolah tertentu patut disimpan di dalam muzium sahaja. Menurut Puan Nik Eliani, bunyi-bunyi dalam Bahasa Melayu yang penting untuk dikuasai oleh anak hanya 31, dalam Bahasa Inggeris 44 bunyi. Sedangkan jika kita mengajar anak mengeja sukukata, anak perlu menguasai 2056 sukukata. (Di Q-dees, untuk Bahasa Inggeris 4 dan 5 tahun, kami hanya fokus mengajar 26 bunyi iaitu a-z, bila masuk kelas 6 tahun, mereka akan diajar kesemua 26 bunyi asas dan juga 18 bunyi peringkat intermediate).

Puan Nik menunjukkan cara betul membunyikan huruf melalui pergerakan bibir, lidah, mulut dan peranan peti suara. Guru-guru dan ibu bapa juga diajar menyanyikan lagu untuk setiap bunyi huruf.

Duduk bersebelahan saya adalah seorang ibu muda. Anak sulung beliau adalah dyslexic. Kata beliau 2 tahun beliau hantar ke tadika yg mahal tetapi cikgu tak dapat kesan anak beliau menunjukkan tanda-tanda disleksia. Dia sendiri yang perasan. Bila hantar anak untuk screening, keputusan menunjukkan anak memang menunjukkan tanda-tanda disleksia. Ibu muda ini berusaha menghadiri seminar-seminar untuk membantu anak beliau.

Rakan saya menceritakan bagaimana dia memberitahu ibu seorang pelajar berusia 5 tahun ketika itu untuk bawa anak untuk screening. Ibu bapa tidak berbuat apa-apa. Ketika anak berusia 12 tahun, ibu menelefon rakan saya bagi tau, memang betul kata rakan saya. Anak dia disahkan mengalami disleksia. Minta kawan saya buat tusiyen untuk anak. Rakan saya kata dia tidak boleh membantu pada usia itu. Saya sependapat dengan rakan saya. Early intervention sebaik-baiknya berlaku pada peringkat prasekolah (Montessori menggelarkan peringkat 6 tahun ke bawah sebagai Sensitive Period – kadar penyerapan maklumat berlaku dengan kadar menakjubkan). Sekurang-kurangnya 10 tahun ke bawah untuk early intervention. Selepas umur itu bukan tak boleh tapi memerlukan usaha yang gigih, konsisten, kerap.

Saya mula mengenali kaedah fonik ketika saya mengambil Certificate in Montessori (Theory & Methodology) (London Montessori Centre) di SEGI College sekitar tahun 2004/05.

Kaedah Fonik adalah kaedah gabung bunyi (Synthetic Phonics (UK), Blended Phonics (US). Kanak-kanak seawal usia 18 bulan boleh diperkenalkan kepada Kaedah Fonik. Apa yang dilakukan oleh ramai ibu bapa, mereka memperkenalkan huruf kepada anak-anak terlebih dahulu. Kaedah yang betul adalah memperkenalkan bunyi huruf.

Tujuan menggunakan Kaedah Fonik adalah untuk mengajar anak-anak hubungan antara huruf dan bunyi untuk membolehkan mereka encode (membina) perkataan, decode (menyahkod, mengasingkan bunyi huruf); kebolehan ini merupakan elemen penting anak-anak boleh membaca dengan lancar.

Kenapa Kaedah Fonik penting?

Untuk membaca dengan lancar, anak perlu diajar hubungan sound-spelling relationships (hubungan antara huruf dan bunyi yang dihasilkan oleh huruf tersebut). Kajian menunjukkan anak-anak yang membaca dengan lancar melakukan strategi berikut :

  • membunyikan setiap huruf dalam perkataan;
  • menggabungkan bunyi-bunyi tersebut;
  • akhirnya membaca perkataan tersebut.

Contoh yang mudah : c-a-t

Anak akan sebutkan satu persatu bunyi 3 huruf di atas. Apa yang biasa kami lakukan selepas itu, menyuruh anak menyebut dengan laju ketiga-tiga bunyi tersebut. Mula-mula anak akan mengambil masa untuk akhirnya menyebut c-a-t (sebagai 1 perkataan). Lama kelamaan anak akan terbiasa dengan kaedah ini dan mampu menggabungkan bunyi (blend sounds) membentuk perkataan.

Perlu diingat, kaedah fonik merupakan satu proses :

  1. membunyikan satu persatu huruf; (decode)
  2. menggabungkan bunyi; (blend)
  3. menyebut/ membaca perkataan. (word recognition)

image decoding

Bila anak mengenal perkataan, ini boleh meningkatkan kelancaran membaca. Lagi banyak perkataan yang anak kenal, semakin lancar pembacaan anak. Semakin lancar pembacaan anak semakin menambahkan pemahaman anak. Ini kerana bila anak tidak perlu bersusah payah atau mengambil masa lama di peringkat decoding, anak boleh fokus cuba memahami teks.

Kaedah Fonik juga meningkatkan keupayaan mengeja kerana kaedah ini menekankan “spelling patterns” yang anak sudah biasa lihat, dengar, baca dari pembacaan mereka. Bila anak pandai

  • membunyikan huruf,
  • menggabungkan bunyi,
  • mengenal perkataan

mengeja tidak lagi menjadi masalah. Kajian menunjukkan separuh dari perkataan dalam Bahasa Inggeris boleh dieja menggunakan kaedah fonik dari mengeja satu persatu huruf.

💡 MULTI SENSORI (MULTISENSORY INSTRUCTION)

Dr. Samuel Terry Orton antara yang terawal mengesan sindrom disleksia di kalangan pelajar mengesyorkan agar

fundamentals of phonic association with letter forms, both visually presented and reproduced in writing until the correct associations were built up

Pada pertengahan 1920an, Dr Orton mengatakan pengukuhan kinesthetic-tactile boleh membantu antara lainnya anak-anak yang selalu keliru dengan huruf “b” dan “d”. Mereka ini dilatih tubi menulis huruf “b” dan “d”. Bagi huruf “b” mereka diajar menulis garis vertikal dulu, kemudian bulatan di depan. Bagi huruf “d”, mereka dilatih tubi melukis bulatan dulu, kemudian garis vertikal.

Anna Gillingham dan Bessie Stillman menggunapakai kaedah Dr. Orton ini dalam manual pengajaran mereka yang berasaskan multi sensori pada tahun 1936. Banyak program hari ini menggunapakai kaedah dan prinsip yang terdapat dalam manual ini dan kemudian dilakukan penambahbaikan dengan kaedah-kaedah lain.

Antara sebab anak disleksia lemah membaca adalah kerana mereka sukar mengenalpasti bunyi yang terdapat dalam perkataan; menggabungkan bunyi untuk membentuk perkataan atau membahagikan perkataan berdasarkan bunyi. Kelemahan ini menyebabkan sukar bagi mereka membaca perkataan hanya dengan melihat (word recognition); ini juga menjejaskan kebolehan mereka memahami teks dengan cepat.

Anak-anak belajar dengan pelbagai cara yang berlainan. Ada yang lebih mudah belajar dengan melihat (visual learners), ada yang cenderung menggunakan deria pendengaran (auditory learners), ada yang lebih mudah belajar dengan membuat (kinesthetic learners).

Multi sensori :

➡ mengajar anak-anak memaksimakan penggunaan lebih dari satu deria

➡ kebanyakan program membaca untuk pelajar lemah membaca seperti anak disleksia menggunakan kaedah ini

➡ memberi kanak-kanak belajar sesuatu perkara/ konsep dengan lebih dari satu cara

Cara mudah memahami bagaimana multi sensori digunakan dalam pengajaran :

anak belajar tentang buah epal

jika hanya deria penglihatan yang digunakan, guru mungkin akan menunjukkan kepada anak kad imbas yang terdapat huruf “a” dan kad yang terdapat gambar epal

jika multi sensori digunakan, anak akan diberikan sebiji epal (concrete object) di mana anak dapat menggunakan deria penglihatan, deria bau, deria rasa, deria sentuh. Dari sini anak belajar tentang epal melalui penglihatan, pendengaran, kinesthetic-tactile (touch and movement).

💡 BERSTRUKTUR DAN SISTEMATIK 

Mengajar Kaedah Fonik secara berstruktur, dari sebutan paling senang ke sebutan paling susah, dari bunyi yang biasa kepada bunyi yang tidak biasa, serta cara yang sistematik akan meningkatkan peluang untuk anak boleh membaca. Contoh mengajar secara berstruktur dan sistematik – huruf yang mempunyai continuous sound seperti huruf “m” dan “s” diajar terlebih dahulu sebelum huruf yang mempunyai stop sound seperti “t” dan “p”.

💡 EXPLICIT INSTRUCTION

Kaedah Fonik perlu diajar sejak dari tadika lagi. Guru perlu menyebut dengan jelas secara konsisten bunyi huruf yang diajar. Masa yang diperlukan sekurang-kurangnya 20 minit untuk setiap sesi. Dalam masa 20 minit ini, aktiviti multi sensori digunakan untuk mengajar anak. Guru perlu menunjukkan cara bagaimana sesuatu huruf itu dibunyikan, digabungkan hingga menjadi perkataan.

Telah banyak kajian membuktikan keberkesanan Kaedah Fonik dalam mengajar anak-anak membaca. Walaupun saya akui kaedah look say atau whole word approach tidak boleh diketepikan sama sekali, penting bagi ibu bapa dalam memilih tadika untuk anak-anak memastikan memilih tadika yang mengajar Kaedah Fonik. Di peringkat tadika adalah peringkat yang kritikal kerana jika asas Kaedah Fonik anak kuat, dan jika anak tidak menghadapi masalah pembelajaran yang severe, proses anak belajar membaca menjadi lebih mudah.

9 Peranan Ibu Bapa Membantu Anak Disleksia

Salah seorang murid saya menunjukkan berisiko simptom disleksia. Saya menasihatkan ibu bapanya agar membuat ujian penilaian untuk menentukan sama ada anak mereka berisiko simptom disleksia. Saya tahu kadang-kadang ada ibu bapa yang tidak suka jika guru tadika memberitahu mereka anak mereka menunjukkan tanda-tanda disleksia. Jika guru tadika anak anda nemberitahu ada kelainan pada anak anda dalam proses pembelajaran, anda perlu mengambil tahu apakah kelainan tersebut secepat mungkin. Terima dengan fikiran terbuka pandangan guru tadika. Mereka melihat proses pembelajaran anak anda setiap hari.

Perkara pertama yang perlu anda lakukan jika anak anda berumur antara 4-6 tahun dan menunjukkan ciri-ciri disleksia

1. Dapatkan ujian awal pengesahan disleksia

Jika anak berumur 6 tahun ke bawah, mungkin anda boleh mendapatkan ujian awal pengesahan disleksia dan nasihat daripada Persatuan Disleksia Malaysia.

Tujuan ujian ini adalah untuk

  • memastikan sama ada anak anda berisiko simptom disleksia atau tidak
  • mengenalpasti bentuk bantuan yang boleh diberikan oleh anda sebagai ibu bapa dan guru di sekolah anak anda jika anak anda dikenalpasti anak disleksia
  • merangka program intervensi awal untuk anak-anak berisiko simptom disleksia

2. Menerima keputusan ujian dengan hati terbuka

  • jangan menyalahkan diri anda, pasangan anda, guru-guru di sekolah anak anda. Terima kenyataan dan berfikir secara positif apa yang anda boleh lakukan untuk membantu anak anda
  • beritahu anak anda apa yang mungkin bakal dilaluinya dan yakinkan anak anda yang anda dan pasangan anda akan membantu dia
  • berbincang dengan guru anak anda bentuk kerjasama yang boleh dilakukan untuk membantu anak anda

3. Selalu bacakan untuk anak anda selama mana yang anda mampu membaca dan anak mampu mendengar

Cara ini dapat membantu anak anda:

  • memperluaskan perbendaharaan kata
  • mendengar dengan jelas bagaimana sesuatu perkataan dibunyikan dan penggunaan tanda baca
  • menyemai kreativiti kerana mudah bagi anak memahami apa yang dibacakan; dia tidak perlu bersusah payah membaca/cuba meneka perkataan dalam buku,
  • belajar menyukai buku
  • tidak berasa tertekan bila membaca dijadikan aktiviti menyeronokkan bersama keluarga

4. Baca bersama anak anda (Paired reading)

reading mother

  • sediakan pelbagai jenis buku terutama HiLo (high interest, low age). I am a die-hard fan of Eric Carle. Buku-buku Eric Carle sesuai untuk anak-anak berusia 6 tahun ke bawah. Buku-buku cerita yang dijual oleh Scholastic juga menjadi kegemaran saya.

20160215_105104-1_resized

20160215_105202-1_resized

20160215_105218_resized

20160215_105314_resized

  • biarkan anak anda pilih buku yang ingin dibacakan; tunjukkan minat terhadap buku yang dia pilih, cuma pastikan buku-buku yang anda sediakan untuk anak bersesuaian dengan umur (age-appropriate books)
  • anak-anak berusia 4-6 tahun gemar cerita dongeng atau khayalan, manusia dan peristiwa yang berlaku di sekeliling kehidupan, cerita jenaka. Jika dia bosan dengan satu buku dan ingin bertukar kepada buku lain, biarkan
  • sekurang-kurangnya ambil masa antara 5-15 minit jika anak anda berusia 4 hingga 6 tahun; jangan lebih dari itu. Jika anak anda benar-benar ingin melakukan aktiviti lain, jangan paksa dia untuk baca bersama anda
  • baca bersama di tempat yang tidak diganggu oleh bunyi bising
  • jika anak anda baca perkataan salah, perbetulkan dia dengan memberitahu perkataan itu selepas 5 saat dia tidak mampu menyebut perkataan betul; tidak perlu suruh dia bunyikan huruf/mengeja
  • beri pujian jika dia membaca dengan lancar, jika dia berjaya membaca perkataan yang sukar, juga berjaya meneka perkataan yang sukar
  • Bercerita tentang gambar di muka depan dan dalam buku. Jika anak anda habis membaca, tanya apa yang berlaku dalam cerita itu. Jika anak anda sukar memahami apa yang dibacakan, pertimbangkan untuk membaca buku lebih senang
  • Rekod aktiviti membaca yang dilakukan – apa yang dibaca, masa yang diambil, bila anak anda boleh membaca dengan lancar, kesilapan yang dilakukan. Buat matlamat jangka pendek (short term goals) untuk anda ingin anak anda capai. Be realistic dengan matlamat yang anda ingin capai.
  • ada 2 cara melakukan paired reading –

– anda baca bersama anak anda, jangan terlalu laju. Anak anda perlu membaca setiap perkataan. Jika dia menghadapi masalah dengan sesuatu perkataan tetapi kemudian dapat membaca semula, beri dia pujian. Jangan biarkan dia “stuck” lebih dari 5 saat. Bila dia “stuck”, anda beritahu dia perkataan itu dan pastikan dia menyebut perkataan itu dengan betul. Pastikan anak anda tunjuk kepada perkataan yang betul bila membaca.

– biarkan dia membaca sendiri jika dia yakin berbuat demikian. Sama seperti cara di atas, jika dia “stuck”, anda beritahu perkataan itu.

5. Rangka aktiviti yang menyeronokkan

  • antara lama web yang boleh dirujuk ScholasticMontessoriMom. Ada banyak bahan bantuan mengajar di laman web ini
  • jika anak anda minat melukis, galakkan dia melukis sebagai contoh watak dalam buku cerita yang anda baca bersama; ini boleh membantu meningkatkan harga diri dan keyakinan anak
  • sentiasa beri pujian kepada anak; tidak perlu tunggu report card day. Buat satu “achievement board” untuk anak anda – apa-apa sijil yang diperolehi, saat-saat manis bersama keluarga dan rakan, sesuatu yang berjaya dikuasai

6. Bantu anak anda menyahkod (decode) perkataan

  • galakkan anak anda membuat kamus dia sendiri. Setiap perkataan yang berjaya dinyahkod dicatitkan oleh anak dalam kamus beliau.
  • cari perisian yang dapat membantu anak anda menyahkod perkataan. Walaupun terdapat perdebatan sama ada cara ajar anak menggunakan whole word atau phonics lebih berkesan, mengikut pengalaman saya, lebih baik kedua-dua cara ini digunakan untuk mengajar anak. Perisian phonics banyak terdapat di pasaran. Di YouTube juga banyak video-video phonics diajar dalam bentuk lagu. Contoh video ini; diajar bunyi beserta pergerakan.

7. Selalu berbincang dengan guru tentang cara yang sesuai mengajar anak, kemajuan dan kelemahan anak

  • bila memilih sekolah untuk anak anda, pastikan guru ada sedikit sebanyak pengetahuan tentang disleksia.
  • bila hari ibu bapa bertemu guru (Parent-Teacher’s Day) bawa anak bersama anda. Biar dia tahu pencapaian dia di sekolah. Anak juga dapat melihat kerjasama antara guru dan ibu bapa dan sokongan mereka untuk membantu dia;

8. Pembelajaran di luar kelas

  • the whole world is a child’s classroom. Aktiviti biasa seperti membantu anda membuat kuih bukan sahaja dapat menambahkan perbendaharaan kata anak, membantu dalam Matematik bila menyukat acuan, belajar bentuk kuih dan sebagainya. Aktiviti berjalan di padang, membeli barang di kedai, balik kampung boleh membantu proses pembelajaran anak anda secara tidak langsung
  • sertai kumpulan sokongan yang dianggotai oleh ibu bapa yang mempunyai anak disleksia. Kumpulan ini selalu menganjurkan aktiviti untuk anak disleksia dan ibu bapa mereka. Persatuan lain seperti Dyslexia Malaysia juga aktif menyebarkan maklumat di Facebook.

9. Menghadkan waktu menonton televisyen dan penggunaan gadget elektronik

  • televisyen dan gadget elektronik yang memenuhi pasaran kini adalah musuh utama buku. Jika anak anda berumur 7 tahun ke atas, berikan masa sejam sehari untuk televisyen jika perlu. Anak yang berusia bawah 7 tahun, berikan masa kurang dari sejam untuk menonton televisyen. Ada juga ibu bapa tidak membenarkan teevisyen dibuka langsung untuk beberapa hari dalam seminggu. Peraturan ini harus terpakai kepada semua ahli keluarga dan bukan kepada anak-anak sahaja.
  • jangan sediakan televisyen dalam bilik anak kerana ini akan menyebabkan anak leka dan sukar bagi anda mengawal waktu dan berapa lama mereka menonton.

Apa yang penting, bantu anak anda untuk mengenalpasti kelemahan/kekurangan dan kelebihan yang dia ada. Jangan terlalu fokus untuk membaiki kelemahan anak hingga anda terlupa untuk membantu meningkatkan lagi kelebihan yang dia ada.

Ciri-Ciri Disleksia Pada Anak

Bayangkan si comel anda mula memasuki alam persekolahan tadika – di kala usia 4/5 tahun. Sebagai ibu bapa pelbagai perasaan bermain dalam jiwa anda – seronok, bangga, teruja….

Setahun, 2 tahun, 3 tahun di tadika, guru tadika kata anak anda tidak seperti anak-anak lain. Saya seorang guru tadika. Mempunyai pengalaman mengajar anak-anak tadika selama 9 tahun. Dalam tempoh 9 tahun, ada beberapa orang pelajar saya mempunyai ciri-ciri disleksia. Saya ingin membantu anak-anak ini agar mereka akhirnya mampu membaca seperti rakan sebaya. Justeru itu, saya mengambil inisiatif sendiri untuk mendapatkan seberapa maklumat mengenai disleksia melalui pembacaan dan berkongsi di ruang ini.

Mungkin anda sendiri yang perasan yang anak anda mempunyai ciri-ciri / tanda-tanda/ simptom disleksia.

Secara umumnya, anak disleksia mempamerkan perlakuan berikut :

  • Kelihatan bijak, petah bercakap tetapi tidak boleh membaca, menulis, mengeja seperti anak-anak seusia mereka
  • Dilabelkan sebagai malas, lembap, cuai, tidak berusaha, bermasaalah;
  • Memiliki IQ yang tinggi tetapi tidak cemerlang dalam bidang akademik;
  • Rendah hargadiri, cepat putus asa;
  • Berkemahiran dalam bidang drama, muzik, sukan, bercerita, rekacipta
  • Sering dilihat suka berangan, sukar menumpukan perhatian, aktif

MEMBACA

  • Sukar mengingati bunyi huruf contoh huruf “b” berbunyi “beh” apatah lagi menggabungkan dua bunyi untuk membentuk perkataan contoh “b” + “a” = ba;
  • menterbalik, mengurang atau menambah huruf atau perkataan contoh “mata” dibaca “tama” (menterbalik), “apa” dibaca “pa” (mengurang), “aku” dibaca “paku” (menambah)
  • meninggalkan perkataan atau kadang kala satu atau beberapa baris ketika membaca
  • sukar mengingati urutan huruf
  • sukar menyebut perkataan yang mempunyai beberapa sukukata
  • mengambil masa yang lama untuk membaca
  • tidak suka membaca atau memberi pelbagai alasan seperti sakit kepala atau sakit perut
  • menyebut perkataan lain dari perkataan yang sepatutnya
  • mengatakan melihat huruf bergerak ketika membaca, menulis atau menyalin
  • membaca, kadang kala berulang kali tanpa memahami apa yang dibaca

MENGEJA

  • sukar mengingati “spelling rules” (contoh spelling rules – “ph” dalam “phone” diganti dgn “f”)
  • tidak konsisten menggunakan huruf yang mempunyai bunyi yang hampir sama s dan z

Bertentangan dengan pendapat ramai, tidak semestinya anak yang melihat huruf/ nombor terbalik (mirror image) contoh b/d, p/q atau perkataan seperti “was” dibaca “saw”, “on” dibaca “no” mempunyai masalah disleksia kerana kecelaruan ini agak biasa dalam perkembangan awal kanak-kanak.

MENULIS

  • penggunaan huruf besar dan huruf kecil yang tidak konsisten
  • lambat bila menulis, enggan menulis jika terlalu banyak
  • sukar memegang pensel dengan baik
  • duduk secara janggal ketika menulis
  • tulisan buruk

MEMORI / INGATAN

  • sukar mengingati maklumat, memproses maklumat, mengikuti arahan dan mengambil masa berbuat demikian
  • lemah dalam menguruskan masa, bahan, alatan yang diperlukan dalam proses pembelajaran

KEMAHIRAN MOTOR HALUS DAN MOTOR KASAR

  • kekok dalam melakukan aktiviti harian seperti memegang pensel, memakai tali kasut, menggunakan gunting (kemahiran motor halus)
  • sukar menyelaraskan pergerakan hingga menyebabkan sering terlanggar perabut contohnya, tersadung dan jatuh (kemahiran motor kasar)
  • keliru dengan arah – kiri/kanan, atas/bawah

PENDENGARAN DAN PERTUTURAN

  • sering terlupa atau keliru dengan nama objek-objek di sekeliling;
  • pertuturan lambat, tidak lancar
  • mengambil masa untuk menjawab bila disoal
  • penumpuan mudah terjejas dengan bunyi persekitaran

 

Kebanyakan anak disleksia akan memaparkan 10 ciri-ciri di atas. Perlakuan/pemikiran mereka akan berubah dari masa ke semasa.

Anda sebagai ibu bapa/penjaga/guru perlu komited mengenalpasti masalah anak anda, bagaimana anda boleh mebantu, mengenalpasti kekuatan/kecerdasan yang dimiliki anak anda dan fokus kepada kekuatan/kecerdasan tersebut.

Akhbar The Star bertarikh 17 Januari 2013 melaporkan terdapat lebih kurang 400,000 kanak-kanak disleksia di Malaysia. Jumlah ini akan bertambah dari masa ke semasa bila kanak-kanak masuk tadika setiap tahun. Faktor kesedaran ibu bapa tentang disleksia juga akan meningkatkan statistik ini.

“mungkin dia lambat sikit membaca, nanti di sekolah rendah boleh je catch up”

“tak baguslah tadika ni”

“takkan anak saya tak boleh baca, perkara lain cepat je dia tangkap”

Apa yang perlu anda lakukan? Dapatkan diagnosis!

Bawa anak anda untuk diperiksa. Jika bukan disleksia, anda akan rasa lega. Jika disahkan disleksia, anda perlu membantu anak anda.

Intervensi awal sangat penting kerana otak anak anda pada peringkat usia muda lebih mudah “dibentuk”. Jika tiada intervensi awal, anak anda akan ketinggalan berbanding rakan sebaya yang semakin usia meningkat semakin banyak perkataan dibaca. Jika anak anda ketinggalan menguasai kemahiran membaca, lama kelamaan dia akan hilang lebih semangat untuk membaca. Dalam jangka masa panjang, akan rasa rendah diri dengan kelemahan membaca.

Satu fakta yang perlu anda tahu – disleksia boleh dirawat tetapi tidak boleh diubati. Disleksia tidak hilang bila anak anda meningkat dewasa. Anak anda akan berupaya menguasai kemahiran seperti membaca dan menulis di peringkat sekolah rendah bila usia meningkat tetapi anak anda akan menghadapi cabaran-cabaran baru seperti belajar bahasa asing, konsep Matematik yang lebih advanced.

Sejarah Disleksia

Sejarah disleksia bermula pada tahun 1676 bila seorang doktor dari German, Johann Schmidt membuat pemerhatian ke atas pesakit berusia 65 tahun, Nicholas Gambler. Nicholas hilang kebolehan membaca setelah diserang angin ahmar (stroke). Kes-kes yang dilaporkan selepas itu merekodkan pesakit hilang kebolehan membaca juga disebabkan kecederaan trauma dan tumor. Mereka menamakan keadaan ini sebagai “acquired alexia”.

Contoh : pada tahun 1872, pakar neurologi dari Britain melaporkan salah seorang pesakit beliau menghadapi masalah mengingati nama objek-objek yang biasa ditemui/ digunakan seharian. Kata pesakit tersebut

I can see [the words], but cannot understand them

Pada tahun 1877, Adolf Kussmaul menyedari bahawa walaupun seseorang itu mempunyai daya penglihatan yang baik, tiada masalah komunikasi, kecerdasan akal, buta huruf (“complete text blindness”) boleh terjadi. Kussmaul menamakan keadaan ini “word-blindness”; mengesan keadaan ini diakibatkan oleh kecederaan di belakang otak

Pada tahun 1887, seorang doktor dari Stuttgart, German, Dr Rudolf Berlin menerbitkan sebuah monograf Einebesondre Art was Worttblindheit (A Particular kind of word-blindness). Dalam monograf tersebut, Berlin menyatakan mengenai 6 kes yang dia sendiri selia selama 20 tahun. Berlin menggunakan perkataan dyslexia untuk merujuk kepada apa yang dia fikirkan sebagai buta huruf (word-blindness) yang berlaku kepada orang dewasa yang hilang kebolehan untuk membaca akibat kecederaan kepada bahagian tertentu pada otak. Berlin berpendapat jika kecederaan itu berlaku pada keseluruhan bahagian otak tersebut, kegagalan untuk membaca dikenali sebagai “acquired alexia”. Jika kecederaan adalah sebahagian, seseorang akan mengalami kesukaran dalam mengintepretasikan simbol bercetak atau bertulis. Kesukaran ini dikenali sebagai “dyslexia”

Pada tahun 1895, laporan dalam penerbitan jurnal medik The Lancet, seorang pakar mata, Dr James Hinshelwood, melaporkan seorang guru Bahasa Perancis dan German yang berusia 58 tahun bangun pada suatu hari dan mendapati dia tidak boleh membaca latihan yang diberikan oleh murid beliau dalam Bahasa Perancis. Sehari sebelum itu beliau tiada masalah dengan perkara tersebut. Pemeriksaan Hinshelwood mendapati, guru tersebut boleh membaca nombor. Daya penglihatan guru tersebut masih baik.

Laporan ini merupakan pemangkin kepada penemuan word-blindness atau buta huruf sebagai gangguan perkembangan (developmental disorder) di kalangan kanak-kanak normal oleh Dr W. Pringle Morgan.

Dalam British Medical Journal bertarikh 7 November 1896, Dr Morgan menulis mengenai Percy F, kanak-kanak berusia 14 tahun. Percy F digambarkan sebagai kanak-kanak yang bijak, cergas dan setanding dengan rakan-rakan sebaya. Walaupun mendapat pendidikan terbaik, Percy F tidak boleh membaca. Dia tiada masalah dengan nombor dan mampu menyelesaikan soalan Matematik. Daya penglihatan Percy F normal. Dr Morgan merumuskan masalah yang dihadapi oleh Percy F adalah word-blindness seperti penemuan Adolf Kussmaul.

Rumusan dari penemuan ini :

  1. Acquired word-blindness berlaku akibat strok, tumor, kecederaan trauma menjejaskan keupayaan bahagian kiri otak. Pesakit mengalami masalah membaca, lemah sebelah kanan otot, sukar menyebut perkataan, nama objek.
  • Congenital word-blindness berlaku sejak lahir. Perbezaan antara acquired word-blindness dan congenital word-blindness adalah :

acquired word-blindness : kecederaan pada bahagian kiri otak menjejaskan sistem saraf

congenital word-blindness : gangguan pada pembentukan sistem saraf ketika dalam peringkat embrio

Walaupun pada mulanya Dr James Hinshelwood melapurkan kes-kes “acquired word-blindness”, beliau kemudiannya menunjukkan minat dalam congenital word-blindness. Sehingga tahun 1912, Dr Hinshelwood telah melapurkan sekurang-kurangnya sedozen kes congenital word-blindness (disleksia).

Antara pendapat Dr Hinshelwood, seorang kanak-kanak yang lemah dalam semua kemahiran kognitif tidak boleh dilabelkan sebagai disleksia. Anak disleksia mempunyai kemahiran lain tetapi mempunyai “unexpected difficulty in learning to read”. Dr Hinshelwood berpendapat disleksia bukan isu terpencil, ramai kanak-kanak disleksia yang gagal dikenalpasti.

Pada tahun 1904, Dr Hinshelwood membuat beberapa cadangan untuk membantu anak disleksia :

  • mendesak agar sekolah membuat screening procedures untuk mengenalpasti kanak-kanak yang menunjukkan tanda-tanda congenital word-blidness;
  • kanak-kanak yang menunjukkan tanda-tanda congenital word-blidness ini diperiksa oleh pakar perubatan yang mampu mengenalpasti  kekurangan (defects) pada kanak-kanak ini. Pakar tersebut perlu mebuat lapuran dan syor bagaimana cara terbaik membantu anak disleksia;
  • secara spesifik, proses pengajaran tidak terlalu lama. Apa yang penting, pelajaran diulang (repetition) untuk menguatkan “visual impressions”;
  • mengelak dari meminta anak disleksia membaca di hadapan pelajar lain;
  • memberi kelas tambahan singkat di sekolah dan di rumah.

Kebimbangan Dr Hinshelwood terhadap anak-anak disleksia pada awal tahun 1900an masih di rasai oleh ibubapa kini.

It is a matter of the highest importance to recognise as early as possible the true nature of this defect, when it is met with in a child. It may prevent much waste of valuable time and may save the child from suffering and cruel treatment. When a child manifests great difficulty in learning to read and is unable to keep up in progress with its fellows, the cause is generally assigned to stupidity or laziness, and no systematised method is directed to the training of such child.

The sooner the true nature of the defect is recognised, the better are the chances of the child’s improvement.**

Pesanan Dr Hinshelwood di perenggan terakhir masih relevan hingga ke hari ini.

** Sumber : Overcoming Dyslexia : Sally Shaywitz, M.D.