Kembali Menulis

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sekian lama tidak menulis…

Kini, saya ingin manfaatkan blog ini untuk berkongsi juga tentang ilmu pendidikan awal kanak-kanak. Pada mulanya saya ingin bina blog baharu untuk pendidikan awal kanak-kanak. Bila saya fikirkan ilmu yang saya ingin kongsikan, insya- Allah boleh juga beri manfaat kepada anak-anak tipikal mahupun anak disleksia, saya memutuskan untuk guna blog yang sama. Saya harap ibu bapa yang mengajar anak tidak  kira anak tipikal mahupun anak disleksia dapat manfaat dari blog ini. Bidznillah.

Saya mendapat banyak mesej dari ibu bapa termasuk dari Indonesia yang bertanya sama ada anak mereka adalah anak disleksia. Saya mohon maaf tidak dapat membantu kenal pasti sama ada seorang kanak-kanak adalah anak disleksia. Saya tidak dapat beri diagnosis. Sekiranya anak tuan/puan mempunyai ciri-ciri disleksia, disyorkan berjumpa dengan psikologis klinikal, doktor kanak-kanak, psikiatri kanak-kanak dan sebagainya. Mereka yang layak keluarkan diagnosis.

Nantikan post berikutnya insya- Allah. Saya ingin kongsikan kepentingan penggunaan jari dalam operasi tambah dan tolak.

¬†– Emylia Mohd Nor –


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *